家,有爱则暖: Uncle Tolong Tukar Tayar

Friday, 22 November 2024

Uncle Tolong Tukar Tayar

Pagi tadi semasa dalam perjalanan kami ke utara, saya dan isteri singgah kejap kat R&R Rawang. Lepas minum kopi dan rehat, kami pun bersedia nak meneruskan perjalanan.

Tetiba seorang gadis Melayu mengetuk cermin kereta saya dan meminta tolong, sebab tayar depan kereta dia dah puncit. 
Saya tanya cik adik:"Awak reti tukar tayar?"
Dia menggeleng:"Tak, I hanya tau pam minyak je..."

Mula-mulanya saya ingin suruh dia call mekanik untuk tukar tayar, tapi tak sampai hati sebab terfikir anak2 saya yang usianya sebaya. Saya bayangkan jika anak2 saya dalam keadaan begini, mereka perlukan bantuan juga.

So saya kata: "Takpe lah, uncle tolong tukarkan."

Nasib baik tayar Axia bukanlah besar sangat, tak susah sangat nak tukar. Lepas 20-30 minutes, selesai juga kerja saya.
Cik adik offered nak bayar saya, tapi saya kata tak perlu. Saya pesan dia kena terus ke kedai tayar untuk repair, dan berhati2 semasa memandu.

Walaupun berpeluh2 dan tangan jadi kotor & hitam, tapi saya tetap rasa gembira sebab dapat bantu orang. Saya berdoa anak-anak saya juga dapat menerima bantuan daripada orang lain sekiranya mereka berada dalam keadaan yang memerlukan.

(Gambar diambil di Tasik Raban, Perak.)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...